KEISTIMEWAAN MAS COTEK

Mas Cotek atau bahasa saintifiknya dikenali sebagai "Ficus Deltoidea" merupakan sejenis tumbuhan herba yang sering digunakan dalam perubatan melayu. Ianya terdiri daripada spesis jantan dan betina dengan pelbagai bentuk daun mengikut habitat asalnya.

Mas Cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Selain dicampur antara daun betina dan jantan dari pelbagai jenis, bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan juga berkesan untuk perawatan berbagai penyakit. 




Jom kita ketahui apakah rahsia kelebihan dan khasiat Mas Cotek 

Mengikut konsep ‘Doctrine of Signature’, bentuk, warna, rasa dan aroma mana-mana bahagian tumbuhan boleh memberi gambaran tentang kegunaan herba berkenaan dalam rawatan penyakit. Bagi tumbuhan emas cotek, ‘Doctrine of Signature’ itu dapat dilihat pada tompok hitam ini mengambarkan organ reproduktif  wanita yang terletak di antara dua kaki. berdasarkan konsep ini, mas cotek dipercayai berkhasiat untuk sistem reproduktif manusia khususnya bagi kaum wanita. Sempit-sempit adalah contoh nama tempatan yang digunakan bagi beberapa suku kaum Sabah juga menunjukkan khasiat tumbuhan. Emas cotek lebih khusus untuk kaum wanita kerana ia biasa diamalkan oleh wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim kepada keadaan asal dengan lebih cepat. 

Emas cotek juga digunakan oleh wanita untuk rawatan beberapa jenis sakit puan. Antaranya ialah rawatan penyakit keputihan dan melawaskan peredaran haid. Sesetengah wanita mengamalkan minum teh mas cotek sebagai tonik kesihatan untuk mengekalkan keayuan dan awet muda. Kedua-dua daun mas cotek ini juga didapati digunakan sebagai ramuan dalam menyediakan tonik untuk lelaku dan wanita oleh pengamal perubatan tradisional di Terengganu dan Kelantan. Di Indonesia, air rebuusan emas cotek kebanyakkannya digunakan sebagai tonik aprodisiak untuk wanita. Menurut beberapa pengamal perubatan tradisional, emas cotek juga berupaya mencegah dan menyembuhkan beberapa jenis penyakit lain jika diamalkan dengan betul. Antara penyakit-penyakit tersebut ialah paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan cirit-birit. Tumbuhan ini juga digunakan untuk melancarkan peredaran darah dan seterusnya sebagai rawatan sakit kulit.

Cara penggunaan mas cotek berbeza mengikut amalan seseorang. Walaubagaimanapun, kebanyakkan pengamal perubatan tradisional mengesyorkan ia digunakan sebagai minuman teh herba. bagi memastikan khasiat tumbuhan ini terpelihara, beberapa petua penyediaan hendaklah diikuti. Daun segar terlebih dahulu dikeringkan di bawah teduh selama beberapa hari sehingga betul-betul kering supaya dapat disimpan lebih lama. Air rebusan atau rendaman (infusion) menggunakan daun kering di dalam air panas menggunakan bekas yang tertutup dan diminum apabila suam. Sebaik-baiknya, penggunaan bekas besi dielakkan kerana dikhuatiri boleh mengganggu kandungan bahan bioaktif dalam tumbuhan tersebut. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, sebilangan pengamal mengesyorkan supaya daun dan bahagian-bahagian lain seperti akar, batang dan buah daripada sekurang-kurangannya tujuh emas cotek betina dan jantan digunakan dalam sesuatu ramuan ubat.    

Antaranya penyakit yang dapat dibantu adalah :
Mengeluarkan toksin dalam badan
Melancarkan perjalanana darah 
 Sakit urat saraf 
Gout
Kencing manis
Darah tinggi
Membuang kolestrol dan lemak
Buasir
Migraine/sakit kepala
Paru-paru barair
Pemulih tenaga batin
Sakit puan
Segugut
Sakit pinggang
Keletihan
Masalah tidur
Ransangan hormon lelaki
Mengecutkan pintu peranakan
Merapatkan pintu rahim
Sakit lutut
Mencantikkan dan melincinkan kulit
Demam/selsema



KAJIAN
Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) tumbuhan ini mengandungi empat jenis bahan aktif yang diperlukan oleh badan manusia iaitu :
1.  Flavanoid
-          Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalkan peredaran darah yang sihat.
-          Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival.

2.  Tannis
-          Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (cirit-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melencur.

3.  Triterpenoids
-          Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu menyerap nutrient.

4.  Phenols
-          Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai antiseptik. 



Pokok Herba Mas Cotek

Ada pelbagai jenis daun mas cotek, ini merupakan salah satu pokok mas cotek yang dipanggil "telinga kera"