TESTIMONI

Kami telah melakukan testimoni terhadap beberapa orang pengguna Teh Suria Mas Cotek untuk mendapatkan maklumbalas dari mereka selepas minum teh ini.

Mari kita baca apa kata mereka tentang Teh Suria Mas Cotek :


Ahmad Nazri B Abdullah (46 tahun), Selayang Baru, Selayang
Tempoh penggunaan : Sebulan
Penyakit yang dihadapi : Penghidap kencing manis
Saya menghidap penyakit kencing manis sejak hampir 10 tahun. Sejak menghidap penyakit ini, saya terpaksa menghadkan makan dan minumuntuk memastikan kandungan gula dalam badan terkawal. Kadangkala badan mudah letih sejak menghidap penyakit ini. Sehinggalah saya menemui Suria Mas Cotek, dalam tempoh sebulan mengamalkan minuman ini, alhamdulillah saya mendapati paras gula dalam badan telah menurun dengan cepat. Badan saya semakin sihat dan bertenaga untuk melakukan sebarang pekerjaan. 



Mohd Haini b Kasdan (56 tahun), Ampang, Kuala Lumpur
Tempoh penggunaan : Setahun
penyakit yang dihadapi : Menghidap kencing manis dan darah tinggi
Walaupun menghidap penyakit ini, tetapi dalam sehari saya akan minum 5-8 cawan teh tarik, walaupun saya tahu perbuatan itu tidak baik untuk kesihatan tapi terasa sukar meninggalkan tabiat lama. Kini saya berasa sangat lega kerana dengan mengamalkan minuman teh Suria Mas Cotek (5 kali sehari) tahap tekanan darah dan paras gula adalah terkawal dan saya tidak perlu risau untuk menikmati minuman teh tarik kegemaran saya, saya juga dapat merasakan semakin sihat dan bertenaga semula.



Encik "H" (45 tahun) Sungai Buloh, Selangor
Tempoh penggunaan : 3 bulan
Penyakit yang dihadapi : Kencing manis dan lemah tenaga batin
Mengikut statistik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40% lelaki berusia 40 tahun menghadapi masalah lemah tenaga batin. Sebagai salah seorang yang mempunyai masalah tersebut, saya sering berasa tertekan dan rendah diri. Kini selepas mengamalkan teh herba Suria Mas Cotek sebanyak 3-5 uncang sehari, alhamdulillah bacaan kencing manis telah menurun dari 18 mml/L kepada 7mml/L dan saya kembali sihat dan bertenaga macam orang muda.  




Noor Hidayu bt Abdullah (23 tahun) Sungai Petani, Kedah
Tempoh penggunaan : Sebulan 
Penyakit yang dihadapi : Sakit senggugut kronik & kitaran haid tidak teratur
Saya sering senggugut yang agak teruk ketika datang bulan. Malah terpaksa makan ubat dan terpaksa bercuti beberapa hari apabila sakit dan risikonya sagat bahaya malah kadangkala kitaran haid saya tidak teratur. Tetapi setelah diperkenalkan dengan Suria Mas Cotek, saya tidak lagi mengalami masalah senggugut yang melampau ketika datang bulan. Saya berasa sangat gembira kerana tidak perlu lagi mengambil cuti dan berasa semakin sihat sejak mengamalkan minuman ini 



Fazilah bt Mahmud (37 tahun) Kulim, Kedah
Tempoh penggunaan : Sebulan
Penyakit yang dihadapi : Kitaran haid tidak teratur
Kitaran haid saya tidak pernah menentu dan tidak tepat sejak melahirkan anak pertama. Kitara haid akan lewat lewat selama satu atau dua bulan. Selain itu, abdomen saya berasa sakit dan badan mengalami kesejukan setiap kali datang haid. Sehinggalah jiran memperkenalkan saya teh herba Suria Mas Cotek, saya terus mencubanya dan alhamdulillah saya mendapati kitaran haid saya mendapati kitaran haid saya sudah kembali normal. 




Mohd Firdaus b Mohd Sarif (23 tahun) Rawang, Selangor
Tempoh penggunaan : 2 minggu
Penyakit yang dihadapi : Keletihan dan sukar bangun pagi
Saya merupakan seorang peniaga kecil-kecilan dan terpaksa bekerja dari pagi hingga ke malam sehinggakan tiada masa untuk berehat. Badan saya terasa letih dan mudah dijangkiti penyakit seperti demam, selsema dan masalah saya semakin serius adalah sukar bangun pagi mungkin disebabkan keletihan yang melampau. Tetapi setelah mencuba minum teh herba Suria Mas Cotek setiap hari, dalam tempoh 2 minggu sahaja, saya dapati badan saya semakin segar dan tidak lagi mengalami masalah keletihan yang melampau seperti sebelum ni. Sejak dari itu, saya mengantikan minuman air miniral dengan teh ini kerana kesannya sangat memberansangkan. 




Rosli b Aziz (42 tahun) Sungai Petani, Kedah
Tempoh penggunaan : Seminggu
Penyakit yang dihadapi : Pembungan air besar yang tidak lawas (Sembelit)
Saya menghadapi masalah sembelit, kesukaran membuang air besar menyebabkan perut saya sentiasa sakit. Selepas mengamalkan minuman Suria Mas Cotek, alhamdulillah ianya telah melawas pembuangan air besar saya. Malah perut saya tidak sakit lagi kerana bahan-bahan toksik yang terkandung dalam badan telah dibersihkan.